Translate

Friday 7 August 2015

TIPS SOLAT DI HUTAN (BAGI YG ISLAM)

TIPS SOLAT DI HUTAN (BAGI YG ISLAM)

Hurm...agak terpanggil juga aku untuk entry kali nie...

Oklah...Aku tahu ade certain2 perkara adekala kita selalu ambil ringan bile kita dalam misi hiking atau camping.dan pelbagai alasan kita reka demi memenuhi tuntutan MALAS dek kerana kepenatan kita dalam berhiking...
Namun...itu bukanlah alasan kukuh untuk kita tinggalkan perkara yang WAJIB bagi kita org Islam untuk menunaikan HAQ kite pada Yang Esa.
Dalam pada kita melakukan ape2 jua aktiviti sekalipon,perkara yg WAJIB ini adelah tunjang atas segala dalam dunia nie.Kite orang beriman...so dah tentu kita kena buat ye tak??

Maka,senario nie seringkali kita lihat dimana2,cme kita ni taknaklah sound tepat pada mereka.Kite masih bersangka baik juga atas setiap perkara kerna itu yang dianjur dalam Islam.Namun ia sume ade dalam diri masing2.Sebab sume dah besar n taw pikir dah mane yang wajib dan lain2...

Jadi,kat cni...aku kongsilah sikit sebanyak perkara yang boleh kita amalkan untuk jadi Hikers yang Awesome sepanjang masa.
Solat jangan lupa walau dimana saja.Tak kira ape.Ia WAJIB derr...so tunaikanlah walau mcmne pon.

So,antara tips2 yang boleh aku kongsikan agar sama2 kita dapat manfaat darinya...


  • Sentiasa standby sebotol besar air,xkiralah air mineral ke,air sungai ke...buat berwudhu.Cuba minimize kan penggunaan air ketika berwudhu.Ckup la sekadar wudhu di bahagian yg wajib sahaja dgn sekali basuhan.Kalo tak,tayamum pon boleh juga.
  • Kompas juga kena ade dalam tangan.Ini bagi yang manual nak tentukan arah kiblat.Namun dgn teknologi yg ade skg ni,kat henpon or gadget korang pon dah ade applikasi kiblat.Maka gunalah seadanya.
  • Bagi yang lelaki,bawalah kain sarung selai untuk wat solat.selit je la dalam beg galas tu.Bukanlah berat mane pon kan.dan juga sejadah mini atau alas kain.Paling cikai pon suratkhabar la.
  • Bagi yang wanita pula,telekung la ofkoz.Kalo rase pakaian tu dah ckup ciri menutupi aurat dalam solat,maka teruskanlah.Namun tetap utama menjaga aurat jika ade lelaki di persekitaran.Namun,lebih baik jika berpakaian yang bersih untuk solat.Sbb kita pon xtaw kadang2 mase berhiking tu pakaian kita terkena kotoran dan sebagainya.
  • Cuba carik kawasan yang mudah anda solat..sbg contoh tempat yang rata atau hampir rata pon sudah memadai.Janganlah pilih kawasan yang kiblatnya menghadap ke cenuram.khuatir takut tergolek sewaktu rukuk.Ini pernah berlaku pada rakan aku dlu masa kat Gunung Ledang.
  • Bagi wanita,cuba cari kawasan yg agak sedikit tersorok dari pandangan lelaki.Ini bagi memudahkan proses tukar pakain dan sebagainya.
  • Jika kawasan yang ade tu luas,eloklah ajak solat berjemaah sekali.Lagi awesome.Malah berlipatganda pahala.
  • Bagi kawasan yang sempit dan hya sedikit je ruang yang ade,cukup la kalo bergilir2 dgn rakan lain yang nak solat.
  • Bagi yg solat berjemaah tu,cuba lah ringkaskan bacaan surah yang pendek saja dan yg wajib.Ini bagi memudahkan rakan lain yang nak solat dan juga bagi memaksimumkan penggunaan masa/ruang solat sewaktu tempoh berhiking.Bagi yang solo tu,terpulanglah pada anda.
  • Bagi yang dah sudah solat tu,janganlah korang buat bising plak kat belakang.Khuatir ganggu member nak solat.Kang tunggang langgang bacaan.
  • Bagi mereka yang kejar timing sewaktu hiking,cuba tunaikan solat dikala mana ade kawasan yang strategik untuk solat.Mungkin ade yg hiking sewaktu dalam tempoh Zuhur ke Asar.Maka seeloknya bile dah jumpa kawasan yang OK dan waktu solat hampir masuk,berhentilah sekejap untuk menunaikannya.Jadi pas solat dah lega skit.
  • Jangan solat dikawasan laluan utama.Pilihlah kawasan di luar laluan.

No comments:

Post a Comment