Translate

Saturday 20 June 2015

TIPS PEMILIHAN BEG DAN CARA PENGISIAN BARANG DALAM BEG



Orite....

Harini aku nak berkongsi tentang tips pemilihan beg yang sesuai untuk kaki2 camping/daytraveller atau backpackers.
Ramai dikalangan harini yang sebenarnya tidak tahu ape yang mereka inginkan pada sesebuah beg itu.Ade yang pilih beg sebab lawa dan cantik.Namun itu sebenarnya tidak membantu langsung dalam keperluan yang sebenar.
Ciri-ciri mestilah memenuhi keperluan pengguna.Ini termasuk size compartment,maximum capacity,ketahanan dan purpose side bagi sesebuah beg tersebut.

Terdapat beberapa jenama di pasaran yang menjual beg-beg untuk backpacker or trekkers.Sebagai pilihan antaranya DEUTER,KARRIMOR,NORTHFACE dan banyak lagi.
Namun itu semua tak penting sgt.Yang penting ape keperluan dan ciri-ciri yang perlu ade pada sesebuah beg itu.

Okay.Jom Intai ciri-ciri:

  1. Mestilah tahan lasak.
  2. Mempunyai compartment yang mencukupi dan berkeperluan
  3. Tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil(bergantung pada keadaan)
  4. Kalis air/hujan
  5. Berkualiti
**Setiap beg ade tertera kadar kuantiti litre seperti 30L,40L,50+10L...Maka belilah ikut kadar keperluan yang dirasakan sesuai.Jika ingin beg jenis backpackers,boleh la beli beg sekitar 50L dan keatas...Ia sesuai untuk travel melebihi 2-3 hari.

Jadi,Jom plak tengok tips pengisian beg bagi sesebuah beg mengikut keperluan dan teknik yang betul



ARAS BAWAH    - Pengisian barang yang ringan2 sahaja.
ARAS TENGAH  - Pengisian barang yang sederhana berat.
ARAS ATAS         -Paling berat.

**Pengisian bergantung bagaimana jenis barang yang anda rasakan ianya ringan dan berat.Maka susunlah ikut keadaan pada waktu itu dan jenis barang anda.Tapi gunakan teknik tetapan aras ini untuk penyusunan.




**Bagi mereka yang membawa tent/khemah,hendaklah diletakkan diatas sekali.Ade juga sesetengah orang yang suka menggunakan sidebag untuk mengikat khemah,namun ia terpulang pada individu.Mane yang selesa.Manakala Sleeping bag pula diletakkan di bahagian bawah sekali bag iaitu diikat pada luar beg.

**Untuk perkakasan lain boleh juga digantung pada luar beg,Sesuaikan ikut keperluan.Barang2 seperti parang/pisau hendaklah disangkut pada tempat yang mudah diambil.

Botol air dan tuala juga diletakkan di luar beg atau sidebag.



Wednesday 17 June 2015

ADAB-ADAB/PERINGATAN SEMASA DALAM HUTAN

ADAB-ADAB SEMASA DALAM HUTAN


Ok guys...Assalam...

Ahhaaa...Kali ni sekali lagi aku kembali dengan entry yang baru sempena bulan Ramadhan yang menjelma nie.
Well...kali ni aku nak share skit beberapa perkara adab yang perlu korang jaga semasa di dalam hutan.
Hutan merupakan tempat yang berpenghuni.Jadi kita sebagai pelawat/pendatang hendaklah menunjukkan hormat pada tuan rumah...
Ramai yang ambil enteng perkara sebegini bila berada di dalam hutan..Sebab apa?Haa...Sebab kita rasa kita yang paling Gah dan hebat kat atas dunia nie.Ataupun terkadang kita terlupa dek kerana ketaksuban dan kegembiraan bersama rakan2 dalam mnyusuri hutan bersama2..Lalu membuatkan kita lupa banyak perkara yang perlu dijaga.
Akibatnya,banyaklah kes2 kita dengar seperti histeria la,tersampuk la,bentan la,bengkak lebam la dan sebagainya...Ni lah antara sebab mngapa kita perlu menjaga adab didalam hutan.
Mcm entry yang pernah aku share ngn korang sebelom ni...Kita perlu membaca doa,itu yang paling UTAMA.
Yang lain adelah bagaimana adab2 yang perlu korang amik tahu semasa berada dalam hutan.

OK...JOM KITA BACA APA ANTARA ADAB-ADAB YANG PERLU SEMASA BERADA DALAM HUTAN

  1. Jangan menjerit/melolong nama rakan korang dalam hutan.Cukup sekadar memanggil dengan kadar yang biasa.Hutan bukanlah tempat untuk membuat bising tanpa sebab.Dalam hutan ade penghuninya tersendiri.Jadi kenalah menjaga adab...mcm kita masuk umah orang la
  2. Jangan bersiul-siul didalam hutan.Bersiulan bukanlah cara yang baik kerana ia menunjukkan kesombongan.
  3. Jangan cakap besar atau berlagak didalam hutan.Banyak kes yang berlaku bilamana dah beramai2 dan mula rasa diri tu hebat serba serbi.Maka mula lah nak tunjuk hero yang diri tu tak takut ape.Haa...last2 menggelupur!
  4. Jangan kencing merata-rata.Jangan kencing di lubang2,lopak air,batu besar,pokok2 besar,laluan2 biasa.Cuba carik kawasan yang dirasakan selamat untuk membuang.Dan yg penting ialah baca doa.."Allahuma inni a'uzubika minal hub siwal haba'is"(doa masuk tandas tu)
  5. Jangan gatal tangan.Jangan memetik2 daun2 atau mematah2kan ranting tanpa sebab dan alasan.Jika ingin guna atau pakai misalnya harus atas tujuan dan bacalah bismillah ketika mahu mengambilnya.
  6. Jika ternampak benda2 pelik dan aneh,jangan cuba amik atau alihkan.Biarkan saja seperti mana ia begitu asalnya.
  7. Bagi wanita yang dalam haid,jangan membuang pad yang terkandung darah haid padanya merata2.Sila pastikan pad tersebut disimpan kemas dan jangan dibiarkan terlihat.Dan simpan sehingga selesai anda keluar dari kawasan hutan.Ini sangat penting.Benda2 seperti jin dan syaitan amat suka pada benda2 kotor yang tak terjaga.Seharusnya elakkan dari perkara2 sebegini berlaku.Kebanyakan kes gangguan adalah berpunca dari sebab ini.
  8. Jika ternampak sesuatu yang aneh di didalam hutan seperti terlihat benda2 makhluk lain seperti binatang2 buas dan berbisa,cuba jangan panik.Bawa bertenang.Jika ternampak kelibat yang menakutkan,bacalah doa pelindung yang ringkas..."A'uzubikalimatillah hittammatimin syarrama halaq"
  9. Jika membuang air besar,pastikan dikambus semula lubang dan dibersihkan kawasannya.
  10. Jangan membuang sisa makanan seperti tulang2 merata2 tempat...
  11. Jangan bermaksiat didalam hutan.
  12. Jangan terlalu bersuka ria didalam hutan.Boleh jadi terlalu suka akan bertukar duka.Sentiasa bersederhana dalam ape jua. 
PERINGATAN!
  • Jangan pernah meredah hutan secara bersendirian.Ini banyak risikonya seperti sesat dan dikhuatiri menjadi sasaran binatang buas.Pastikan anda diiringi atau ditemani oleh seorang yang sudah ade pengalaman.
  • Sentiasa berpasang2an dengan rakan anda.Ingat rakan kembar anda bila anda berjalan dalam kumpulan
  • Jika bertrekking secara berkumpulan melebihi 5 orang dan ke atas,sentiasa pastikan ade seorang jurupandu/leader yang berpengalaman mengetuai kumpulan.Dan seorang 'last man' yang juga ade berpengalaman untuk cover di belakang.
  • Jangan pernah putuskan kawanan ketika berjalan dalam kumpulan.Seandainya putus,berilah signal bunyi supaya kawanan yang di hadapan dapat meperlahankan pergerakan.
  • Pastikan sentiasa sediakan MEDIC KIT in-case jika berlaku sebarang kejadian kemalangan kecil.
  • Jangan pernah tinggalkan rakan anda dibelakang terlalu jauh.Selalu toleh kebelakang untuk memastikan anda berada dalam jarak yang tidak begitu jauh dengan yang lain.Walaupun anda seorang 'sprinter'...Hormatilah rakan anda yang tidak laju dalam berhiking/trekking.Inilah dinamakan "AWESOME HIKERS"
Okay lah...Setakat nie dahulu aku boleh kongsikan.InsyaAllah akan bersambung lagi di lain entry.Salam Ramadhan!

Monday 8 June 2015

Pray For Sabah


Salam takziah dari kami Komplot Hikers buat mangsa gempa bumi Sabah.