Translate

Sunday 23 August 2015

GUNUNG ANGSI,NEGERI 9

 GUNUNG ANGSI
NEGERI SEMBILAN
EXTRA MISSION
KOMPLOT HIKERS X FRENZ

New netry lagi...

Rasenya belom sempat entry baru aku tulis ttg Gunung Datok mggu lepas,yang harus dibaca oleh followers Komplot,tetiba datang lagi entry baru harini...Well..ape nak buat.Inilah yg dikatakan ketaksuban melebihi kewarasan dan limitasi.
Kali ni...misi tambahan Komplot Hikers bersatu bersama team hiking project Gunung Datuk minggu lepas...sekali lagi mnyusuri misi yang memenuhkan entry blog aku kali nie.
Cme kali ni,misi nie bukanlah anjuran Komplot sepenuhnya,cme aku antara yang terbabit dalam melengkapkan diri bersama2 dalam menjangkau puncak Gunung Angsi nie

So kali ni,misi bergerak seawal jam 4pagi dri Caltex Bandar Sunway,bersama Aku,Mel,Shah,Rizal,Eyz,Diana n frenz,Daus n frenz..dan beberapa orang lagi yang tggu di beberapa spot sepanjang perjalanan ke destinasi.
Jadi...setelah drop by n wait..akhirnya kami sampai di lokasi kejadian.Selepas berkumpul di kaki gunung di area Bukit Putus tu,kami mulakan perjalan dgn terlebih dahulu sesi warm up dan bacaan doa.Then...Mission start!

Kami mula mendaki sekitar jam 630 pagi,Berbekal lampu kepala dan suluh,kami mnyusuri.
Perjalanan dijamu dengan trekk bukit n akar sepanjang 30 minit.Aku kali ni jadi Last Man n sweeper.Aku paksa gak si Daus aka Pujangga Keberet untuk menjadi PA aku.Pon bgitu juga dgn Eyz dan Rizal yang terpaksa stay behind in case kalo ade yang bermasalah.Jangkaan sentiasa ada beb.
Misi kali ni,ade sorang yang freshy first time naik gunung.Mmg bagi dia trekk sebegitu agak kejam buat beliau dan akhirnya beliau hampir give up.Aku dan Daus yang selalu menemani disamping memberi galakan supaya jangan koyak mental.Bgitu juga dgn Eyz dan Rizal yang sama mmbantu.
Keperitan yg beliau lalui akhirnya mmbawa kepada kepengsanan.Kami terpaksa stop sekitar 10 minit bagi Rescue Mission.Yang lain sume da pacak laju ke atas.Tinggallah kami 5 orang di belakang.

Setelah sumenya kembali pulih...Kami mneruskan perjalanan menyusuri trekk.Sehingga ke penghujung...dan sehingga ke puncak.Tanpa sebarang masalah.Bgitu juga dengan rakan kami yang cedera tadi.Ketabahan hati beserta dorongan rakan2 adalah pemangkin yang sangat mujarab bagi hiker yang beginner.Itulah yang aku sentiasa terapkan dalam diri ini..."Never leave Your Friend Behind"
Macam aku pernah britahu dalam entry aku sebelum ni...MENTAL JANGAN KOYAK.!!!
Itulah kunci utama dalam mengharungi misi hiking..So kepada sume hikers di luar sana...
"Be an Awesome Hikers" and "Hiking With Attitude"

Ulasan Angsi:

**Trekk Angsi ade 2 jalur.Dari Bukit Putus dan Ulu Bendul.Aku difahamkan,trekk Ulu Bendul ambil masa yang lama skit dri trekk Bukit Putus.So pada beginner,try naik dri Bukit Putus dlu.Pastu baru cabar Ulu Bendul.Untuk trekk Bkt Putus,aku kategorikan sebagai EASY.Cume di permulaan,dia bagi trekk 30 minit 68degree.tapi banyak trekk yang mendatar selepas tu.Cme ade beberapa ketika saja akan jumpa trekk mencanak namun masih dalam kategori easy.Bagi mereka yang nak bawak Grouping,elok layan trek Angsi via Bukit Putus.
Cme view xde sangat la.xmacam Gunung Datok.Yang ade cume pondok ringkas untuk bergambar je.Namun its still worth it n valueable...Just try It!!!
Jom layan gambar plak..Chioww!







































**kredit gambar Daus,Mel,Diana,Fathia


Sunday 16 August 2015

GUNUNG DATUK,REMBAU N9

GUNUNG DATUK
REMBAU NEGERI SEMBILAN
KOMPLOT HIKERS X PROJECT KGB


Salam sejahtera semua...
Entry kali nie merupakan entry kedua selepas komplot beraksi warmup di bukit gasing mggu lepas.Kpenatan masih terasa lagi harini..

Kali nie.aku malas nak beleter panjang2 dalam entry,sbb idea aku untuk memerah jalan cerita untuk menjalur ke minda korang dgn pengalaman yang sentiasa dipatrikan.

Semalam,Komplot kami tak ramai,sbb ramai yang tak dapat join.So kali ni komplot kami terdiri dari Aku,Zaff,Kay,Amir dan Shah saja.Namun apa yang best nya kali nie aku bukak trip Open Hiking pada sesapa yang nak join komplot untuk misi kali ni Gunung Datuk.Aku bajet xde lah ramai yang nak ikut,sekali berkumpul semalam,ade lebih kurang 25 orang members yang turutsama nak bersama kami melangkah kaki ke puncak.

Utk gunung Datuk nie...ape leh aku katakan...kategori: medium.Mungkin aku je yg rase medium atau korang sendiri tafsirkan.
Untuk first trek mula2 tu je yang agak extreme sbb trek akar kayu yg mmg ckup menjana otak dan titis peluh dan saki baki pernafasan.Trek akar sekitar 30minit almost 80 degree yang terpaksa dilalui.Trek landai hya beberapa kerat je yg kami jumpa.Selebihnya byk trek yang agar menaik sekitar 45 degree.Namun,treknya layan je.xde la tough sangat.
Masa diamabil sekitar 2 jam paling lama.kalo laju thu sejam je boleh sampai.Trun plak mcm biase lah.take a half time up.

So enjoy gambar je lah.malas aku nak tulis bebanyak.Korang rase sndri disana.

P/s: bayar masuk entrance RM5 sekepala.Nasihat aku,kalo yang grouping ramai tu eloklah siap2 kan list trus nama2 hikers n bagi kat pintu entrance beserta duit yang dah dikumpul.So korang xdela buang mase nak beratur pnjang2.Biar sorang je yang buat kerja kat entrance tu.


Trip 1st