Translate

Sunday 31 May 2015

GUNUNG BUNGA BUAH

GUNUNG BUNGA BUAH
GENTING HIGHLANDS
KOMPLOT HIKERS

Hurmm...OK guys...
Entry latest nie adelah penceritaan semata tanpa membabitkan aku..cuma entry kali nie,ade diantara kami Komplot Hikers yang turutserta dalam misi jelajah gunung yang tak selalu sgt kita sebut...Kat cnie aku sertakan info skit GBB...

Gunung Bunga Buah yang terletak di sempadan Selangor Darul Ehsan, Genting Highland, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki).Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang. Kebiasaannya gunung ini didaki ketika cuti hujung minggu. Gunung ini boleh didaki dalam masa sehari atau pendaki boleh juga bermalam dipuncak gunung ini. Lokasinya yang berdekatan Lembah Kelang, memudahkan pendaki menuju ke Genting Highland dalam masa yang singkat dan faktor tempat mula pendakian yang bersebelahan Jalan Kuala Lumpur - Genting Highland. Gunung Bunga Buah mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
(sumber:wikipedia)

So untuk misi kali nie...KH yang ade cume Chiloi,Wan dan srikandi Komplot,Kay dan Jihan dan another member dari kejiranan kami iaitu Abam An..yang turutserta.Dan beberapa rakan lain juga ..Aku xdapat nak follow misi ini sbb aku ade tugasan lain yang harus aku persiapkan.Maka misi kali nie hya diwakili beberapa komplot yang seakan2 tak serik dalam menjangkau trekk2 gunung yang ade di Malaysia nie...
Jadi the Mission start...

Pagi tu,mcm biase lah..Si dak Kay ni manjang nak kena kutip je dlu kat umah kt Gombak.Aku xpaham.keta peram umah ke pe.Dah 18 siries jelajah dah nie...nextime aku nak paw lebih skit kat carpool...
Pastu jumpa kat petronas Gombak setelah sumenya selesai bertemu dan memikap passenger..Total sume yang pegi adelah 10 orang dan naik 3 biji kereta
Gerak bermula jam 430pagi dan mnyusuri Karak highway.Sampai di Gohtong Jaya sekitar jam 530 pagi.Keadaan suhu tu aku xyah la sebut ye sbb satu malaysia dah almaklom dah...
Setelah sume ready..maka jam menunjukkan sekitar 640pagi..Maka trail pon bermula....

Tak banyak aku nak detailkan kat cnie sbb aku tak pergi..Cume menurut sumber komplot...trekk agak mencanak menjangkau 50degree,dibawah darjah celcius dan 3.5 par di bawah skala richter...n then jumpa jalan tar...Perjalanan berterusan sehingga penghujung jalan lalu ternampakan kawasan kuari disitu...terdapat 2 cabang...lalu amik ke kiri kerana kanan tu akan mmbawa ke simpang jalan mati
Perjalanan mendatar sekitar 45minit...Then benti rehat pada satu kawaan checkpoint.Menurut sumber,trekkingnya agak sikit naik turun naik turun...total dalam sekitar 4-5 kali.Jadi trekk nya kira memerlukan kuasa kuda tahap 12 untuk stamina menjangkau...dan akhirnya sampai bertemu satu kawasan ala2 Bukit Tabur...yang diberi nama ROCK VIEW GARDEN

Dipendekkan cerita.. smpi di puncak sekitar jam 1030 pagi.Menikmati keindahan view dari atas...Xkisahlah ape rupa view pon diatas namun mereka berjaya menakluk misi GBB smpi ke atas..Namun dalam kepritan misi GBB,diberitakan ramai yang 'KONG' dlm misi kali nie...sbb keadaannya agak xtreme sbb ade kawasan yang menjangkau limit stamina dimana ade trun naik..Jika ade trekk yang sebegini dimana2 mmg akan memakan sisa tenaga yang semakin ampuh bile sampai di puncak..Ade yang kekejangan..ade juga yang kebingungan dek terhantuk kayu...
Keadaan trekk agak licin dan becak.jadi step2 banyak perlu jaga sbb nak elakkan sebarang komplikasi kejangan dan kecederaan.dengan gangguan2 pacat dan seumpamanya...
Tidak dilupakan juga sekumpulan tebuan yang sedia menanti di puncak itu..Maka...Hati2 je lah...

Jumlah masa yang diperuntukkan sehingga ke puncak mengambil masa sekitar 3jam 50minit maksimal...Dan 3jam 45min turun kembali.Kebiasaannya,kite akan rasai proses penurunan akan memotong hampir separuh mase mendaki,namun jika trekk nya biasa...tapi kalo ade trun naik bukit maka proses mnurun akan mengambil masa yang hampir sama seperti mendaki.So totally mcm aku kata...memakan stamina habis2an...Mase ni air isotonik dan air garam amat2 diperlukan...

So thats all guys yang boleh aku shre sdikit ttg GBB pya penangan...
**sape nak gi smpi gohtong jaya, cari seri malaysia hotel sebelah kiri masuk parking la kat shoplots dekat2 situ, dari seri malaysia jalan ke atas smpi nmpk roundabout amik kul 9 (nanti belah kiri boleh nmpk farm ngn apartment bunga raya nye signage) then terus smpi ujung jalan itu adalah starting point jalan tar yg tadi tu.dari situ follow je jalan tar smpi ke kuari tu.

sO eNJOY THE ALBUM...
See u guys on next entry...







































Tuesday 26 May 2015

BARANG KEPERLUAN CAMPING (SIRI 1)

BARANG-BARANG KEPERLUAN CAMPING

Hey guys...sekali lagi aku kembali untuk share ngn korang!
Well..xsume benda aku tahu tapi sekurang2nya aku xde lah kedekut ilmu sangat nak kongsi ngn korang.At list,ia akan lebih membuatkan korang lebih bersemangat nak buat sesuatu yang korang nak cuba buat bile ade ilmu yang dikongsikan bersama.Ilmu sume milik Allah jua.Kita ape ade??So jangan kedekut ilmu lah...Kongsi samarata.Xyah poyo sgt...kah3!!!

Camping....atau istilah Inggerisnya Berkhemah...(wakakaka) adelah suatu perkara yang dianggap sinonim dengan kaki hikers n trekkers bile mnyusuri hutan dan bukit.Adekala mereka akan camping dek kerana suatu matlamat mencapai puncak itu memerlukan masa untuk menggapainya...Jadi camping adelah sebahagian darah daging juga.
Well,zaman sekolah juga kita diajar bagaimana nak camping mase join Pengakap dlu2.Jadi,istilah camping nie ialah more on survivor theme...cara korang hidup dalam hutan...
Namun,bukanlah korang kena jadi org hutan selamanya.Hanya sekadar menjadi perkara...

So antara barang2 yang korunk perlu ade adelah:


  • HEADLAMP- IA ANTARA BENDA YANG PENTING DALAM DUNIA CAMPING.SBB ADEKALA MASA KITA AKAN BERMALAM DAN IA SGT DIPERLUKAN


  • KHEMAH - ini barang kalo xde mmg bukan dipanggil berkhemah la.So,rasenya sume dah taw.Cume,pastikan khemah korunk yg jenis kalis air supaya hujan x tembus.Pilih yang baik sikit,biar puas hati.alah membeli menang memakai


  • SLEEPING BAG - tugasnya sebagai selimut.bagi kaki campers,benda nie dah biase bagi mereka.adekala di dalam hutan mmg sejuk dan ia amat diperlukan.terdapat jenis2 sleeping bag.yang paling murah pon sekitar rm30-40

  • BAG CAMPING/BACKPACK - ini semestinya mestilah perlu sbb nak isi segala khazanah kat dalam thu.So terdapat jenis2 backpack.antaranya DEUTER,KARRIMOR dsb...belilah ikut kadar Litre yang tertera di bag tersebut.Yg standard biasa untuk 1-2 malam pya camping ialah 50litre ke ats...


  • PARANG - Parang juga antara element penting nak camping dalam hutan.Nak amik kayu2 atau nak tebas kawasan dan seumpamanya.Jadi ia adelah sangat diperlukan ketika didalam hutan.dimanfaatkan bergantung pada keadaan semasa.Nak buat pertahanan diri pon boleh juga.

  • TALI PLASTIK/RAFIA - digunakan untuk pelbagai guna.nak ikat kanvas ke.nak buat ampaian ker.senang citer...manfaatkan ikut keperluan..tapi ia antara barang perlu ada.

ANTARA BARANG2 LAIN YANG PERLU SEPERTI:
  • MANCIS/LIGHTER
  • PISAU
  • BAJU TEBAL/SEJUK
  • STOKIN
  • PERKAKAS MANDI
  • PINGGAN/CAWAN/SUDU
  • SARUNG TANGAN
  • PENUTUP KEPALA
  • PLASTIK BAG
  • MAKANAN SPARE
  • MEDIC KIT
  • KANVAS
  • LAMPU MINI DLM KHEMAH

**LAIN2 BARANG YANG DIPIKIRKAN PERLU LAH...OTHERWISE BAWA YANG SEDERHANA BEBANNYA.KALO LARAT BAWAK LA BANYAK.KALO TAK,CUBA MINIMAL KAN BARANG KETIKA BERCAMPING AGAR TAK RASE TERBEBAN.
KANG TAK TERLARAT KANG NAK BAWA....

Happy Camping!!!

TIPS-TIPS MENDAKI BUKIT/GUNUNG (SIRI 2)

TIPS-TIPS HIKING/TREKKING (SIRI 2)




Orite...entry kali nie aku nak kongsikan ngn korang tips-tips untuk hiking dan trekking.Bagi merea yang baru nak berjinak-jinak dalam arena hiking/trekking ni...eloklah mengambil sedikit sebanyak ilmu2 yang boleh dimanfaatkan.
Kalo nak ikutkan,hobi trekking dan hiking ni bukanlah kira ko otai mane,dah 1000 tahun panjat gunung/bukit baru ko bole ishtihar ko trekkers or hikers...nope...sume bole jadi trekker and hikers...asalkan ko minat.
Cuma korang perlulah tahu serba sedikit ape yang perlu dalam dunia hiking ni..mcm pemakaian,alatan dan skill2 tertentu dlm mengharungi liku2 jalan dan bukit yang akan ditempuh...bukan main redah asal boleh je.nnti tak feel untuk jadi sorang hikers dan trekkers yang awesome...

OK..antara tips-tips yang boleh aku kongsikan disini ialah:


  • Semasa aktiviti hiking,gunakan tapak kaki depan untuk memanjat dan gunakan tumit untuk mendarat...ini skill asas bagi mereka yang nak bermula.sbb kalo kat sekolah dulu pon itulah cikgu sukan ajar.Semasa mendaki,tiada impak yang banyak digunakan dalam hentakan...cuma banyak langkah yang perlu korang atasi seperti keadaan tanah yang bertangga yang memerlukan korang pya langkah yang stabil agar dapat menstabilkan badan korang...Dan ini memerlukan kekuatan lutut,tulang kering atau betis.jadi,sila buat senaman dahulu sebelum memulakan aktiviti.
  • Semasa mendarat pula,gunakan tumit sebagai landing gear..ini bagi memastikan lutut anda tidak cedera kerana impak hentakan boleh mengakibatkan kecederaan.bila korang guna tumit,maka hentakan itu ditampung oleh kekuatan peha.jika korang gunakan tapak kaki depan untuk mendarat,risiko lutut cedera amat tinggi.ini adelah hukum asas pergerakan.dan bole juga mengakibatkan cramp/kekejangan otot.Turun dengan kadar yang perlahan dan stabil,agar dapat mengurangkan hentakan dan menjaga kaki dari cedera.
  • Jangan turun bukit dengan laju kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan lutut dan sebagainya.
  • Gunakan pokok-pokok sebagai penahan impak badan ketika menuruni bukit.ini dapat mngurangkan risiko kelajuan impak dan seterusnya mngurangkan bebanan yang kaki kita tanggung
  • Cuba kecilkan langkah korunk dalam proses menuruni bukit.Jangan besarkan langkah kerana banyak risikonya seperti kekejangan dan ketidakstabilan.
  • Sapu minyak panas atau bam panas atau lotion mustajab sebelum memulakan aktiviti hiking.ini dapat membantu melancarkan peredaran darah agar dapat mengurangkan rasa nyeri pada otot kaki
  • Stabilkan pernafasan semasa menaiki bukit.Kawal pernafasan kerana ia amat membantu pergerakan.Bernafas melalui hidung dan hembus melalui mulut.Ini juga adelah asas pernafasan yang betul.
  • Kurangkan bebanan yang dibawa semasa mendaki.Aku cadangkan cukup bawa minuman isotonik dan makanan roti pada kadar sederhana saja.Ini bagi membantu badan agar larat untuk memikul gerakan.Bergantung juga pada ketinggian bukit atau gunung.
  • Gunakan bag yang sesuai untuk memudahkan pergerakan.Seperti bag hydrapack DEUTER MOUNTAIN.rekaan nya mmg sesuai untuk hikers and trekkers keran bagnya telah siap waterbag dan corong air untuk korang minum melaluinya.jadi tak perlu bersusah payah nak kuarkan botol air dari belakang bag.Kat uptown ade jual dgn harga sekitar RM80.Ini juga terpulang atas kemampuan masing2.
  • Pakai seluar yang selesa dan tidak ketat.Ade terdapat jenis seluar yang khas untuk aktiviti hiking n trekking.harga sekitar rm80-100..Ini amat membantu.TRUST ME!
  • Gunakan kasut yang sesuai.Yang mempunyai tapak berlawan arus yang cengkam dan khas untuk hiking.Ini bagi memastikan cengkaman kukuh jika melalui trekk yang basah atau licin.Juga yang mempunyai kadar keselamatan yang tggi untuk mengelakkan kecederaan jari kaki.Jangan gunakan sandal pd aktiviti lasak atau di hutan yang agak banyak rintangan pada trekkingnya
  • Pakailah sarung tangan yang grip agar dapat memaut dengan kemas dan juga melapisi tapak tangan anda dari cedera semasa menahan impak lambungan jika menuruni bukit.Ia juga sebagai safety precaution
Ok guys...Ini saja wat mase nie aku boleh kongsi...Ape-ape pon,yang paling utama ialah DOA.
Selamat berhiking dan trekking!!!

Monday 25 May 2015

BANDANA KOMPLOT HIKERS (COMING SOON)

BANDANA KOMPLOT HIKERS 
(COMING SOON)



DOA MEMULAKAN PERJALANAN

DOA MEMULAKAN PERJALANAN




Doa Naik Kenderaan Dan Tip Perjalanan Jarak Jauh  

Doa kepada Allah swt mohon keselamatan semasa memandu dalam perjalanan kita.... Memandu kenderaan untuk perjalanan jarak sama ada pulang ke kampung atau ada urusan lain yang jauh memerlukan persiapan dari segi fizikal dan mentaliti. Semua persiapan ini adalah bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sepanjang perjalanan. 
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada pendapatan bukan?

Disini ada beberapa tips beserta doa untuk perjalanan jauh yang mungkin boleh membantu sebelum memulakan perjalanan jarak jauh. 

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، (سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ )

“ Allah Maha Besar 3x, Maha suci Tuhan Yang mengusahakan kami untuk mengendarai ini. Sedangsebelumnya kami tidak mampu. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan .


اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ اْلعَمَـلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، الَّلهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيْفَةُ فِي الأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُـوْذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوْءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ


“ Allah Maha Besar 3x, Maha suci Tuhan Yang mengusahakan kami untuk mengendarai ini. Se-dangsebelumnya kami tidak mam-pu. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan (dihari kiamat). YaAllah, sesungguhnya kami mohon kebaikan dan ketakwaan dalam bepergian inikami mohon perbuatanyang meridhokanMuYa Allah, permudahlah perjalanan kami inidan jadikanlah perjalanan yang jauhseolah-olah dekatYa Allah, Engkaulah teman dalam bepergian dan yang mengurusi keluarga(ku). “. 


(sumber:http://firestartingautomobil.blogspot.com/)


Sentiasa ingat Allah dalam ape jua keadaan.Sesungguhnya Dialah Maha Kuasa atas segala perkara.InsyaAllah

BAJU 1ST EDITION KOMPLOT HIKERS

BAJU FIRST EDITION
KOMPLOT HIKERS

Komplot Hikers telah pun mengeluarkan baju edisi pertama pada bulan lepas dengan jualan terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan kadar harga RM10 sehelai...

Komplot Hikers juga akan mngeluarkan baju dan juga other merchandise lain untuk edisi-edisi akan datang dan jualan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat,tidak kira mereka hikers atau followers KH.

So STAY TUNE with us...We will update to You!!!

1st Edition



Sunday 24 May 2015

LATA MEDANG (CHAPTER 2)

LATA MEDANG (EPISODE 2)

AIR TERJUN LATA MEDANG
KUALA KUBU BARU
KOMPLOT HIKERS 


Hey guys...kite bersua lagi dalam entry baru hari nie...kali nie...entry ni adelah sambungan dari previous entry LATA MEDANG EPISODE 1...untuk kali nie...baru lah the real aktiviti dari KOMPLOT HIKERS menjangkau stamina dan langkah kaki menuju misi LATA MEDANG yg sebulan kami rancangkan...so stay tune with us...koz aku pagi nie masih lagi rase bisa2 badan akibat penangan semalam pya misi...sume aku rangkumkan secara ringkas je dlm entry nie,,,perghhh!!!pedih nya bahu..

OK..kali nie misi bermula seawal jam 3pagi.berkumpul di markas kami di Lagoon Perdana Sunway.Plan asal nak gerak sume skali jam 330pagi.namun,usul aku pada seminggu sebelom nie mmbuatkan aku dan zafran memulakan perjalanan sejam awal di pukul 2.00pagi sbb nak amik Kay kat Gombak.Kali nie,si Wan Perabut tak dapat turutserta krana boss nya suh kerja esoknya.aku dapat bayangkan betapa stressnya beliau sbb kami dah rancang agenda baik bile kat sana...tapi sumenya hampa...ape nak buat...xpelah..misi tetap kana carry on!
So aku dah Zafran,beserta member Wan,Diana..dan sorang lagi mmber Zafran iaitu Amir Farhan yang baru join kitaorg kali nie.menyusuri lebuhraya 2 mmber lagi satu kereta.Manakal yg lain bergerak jam 330pagi diketuai Pdod dan Chiloi sbg Team eskort..kali ni Komplot kami seramai 25orang...
Setibanya aku di kaki bukit sekitar jam 5pagi.suasana sepi.ade beberapa kereta kelihatan.aku park atas sekali kat jambatan tu.sambil menunggu ketibaan mereka.Jam 530pagi team yg lain smpai n trus punggah barang lalu kami mulakan misi trekking sekitar jam 600pagi.

Zafran mendahului bersama aku dan Kay sbb kami dah survey jalan dan marking minggu lepas.Di belakang pula ade Chiloi dan Pdod sbg backup..Perjalanan berbekal headlamp dan kesunyian hutan.bbrapa kali mercun dilempar sebagai 'signal' kami datang..Perjalanan amat memeritkan kali nie..sbb banyak barang kami bawa.kali ni kaw2 pya tenaga dan kudrat diguna sbb segala perlatan camping dibawa bersama menuju puncak LM selama perjalanan selama 3jam...mase nie lah penderitaan yang kami rasakan,namun ape pilihan yg ade.itulah pahit maung yang harus dirasa.Sorang je dah memikul hampir 5kg beban kat belakang.blom tambah bahan makanan kumpulan,dan perkakas lain seprti khemah d lain2..mmg kaw2 badan kali ni diasak...well..itulah hakikatnya kalo nak camping.

On the half way..aku tpaksa putus ngn Kay dn Zaf sbb aku kena backup komplot belakang sbb depa dah xmampu nak bawak barang yg berat hampir 20kg.so aku terpaksa split shift...bergilir angkat barang.mase tu azab hya yg angkat je taw.dgn trekk yang panjang.perjalanan mengambil mase 3jam termasuk bebanan..

Komplot pertama sampai di checkpoint jam 8pagi
Then...misi berjalan sehingga sume berjumpa di cekpoint sekitar jam 830pagi.then sume gerak sesama balik sampai lah ke tapak port camp di LM sekitar jam 9pagi...sume kerabakan muka masing2 sbb beban yg dipikol...haaa...mane yg xbiase camp thu mmg nyumpah2 aku taw.tapi aku nak btau...inilah pengalaman yg korunk akan gunakan utk misi2 akan datang bile camping.kalo nk ikotkan,xdela perlu sgt nak bwk perkakas byk sbb dlm dunia camp,kita more on survive.tp,xkesahlah.masing2 ade pilihan...
So selepas selesai mngambil kira cadangan dan pemilihan port untuk pengangihan khemah...maka kami amik 2 port berasingan.satu di bawah dan satu diatas...Actually kami bersyukur sbb port thu xde org ambil sebelom kami...mmg lega.sbb kalo ade org lain port,mmg xdelah port lain...thanx to Allah..
Then,kita pon punggah barang gedebak gedebuk siap sampai jam 12tghari gak...siapkan khemah bukanlah satu kerja yang mudah.memerlukan skill juga dan kemahiran.nasib ade si Fuad aka MasterMind...yg dah biase dengan dunia perhutanan yang dah mcm darah daging beliau..Beliau lah yang banyak bantu kami dlm misi mendirikan khemah dan perkakas lain...Thanx!

Port tingkat bawah
Port tingkat atas

Setelah settle dirikan khemah,maka ape lg...terjun dulu la ke sungai...kaum ladies plak sibukkan diri dengan agenda masak memasak...menu plak roti celop telor n cekodok.dah mcm kat rumah plak aku rase...ade gak yg lain buat hal lain...tido n lepak dn sebagainya...kalo ikot tentatif...mase jam 2-4 ptg tu adelah wat pengfisian program...tp sbb sume dah lepak maka tangguh hingga jam 5ptg.










N then..ptg ade sesi aktiviti mencari kayu api...kbnyakan kayu yg ade sume dlm keadaan basah sbb malam sebelomnya hujan...
aktiviti berterusan sampai malam dgn ceritera unggun api setelah makan malam jam 8malam...n then bantai tido la pe lg...

esok pagi wat sesi pertandingan mini berenang cuit batu sape plg cepat catat masa...utk ptandingan nie...ak kalah 2 saat je ngn ciloi...15sec.ceitt...ladies plak dijuarai oleh Kay dn Syaza dgn catatan masa 29sec.dapatlah depa hadiah berupa wang tunai...tp yg paling lambat...aku malas la nak citer...

so.dats all from us...kami gerak chiow kol 1 ptg dan smpi bawah jam 3ptg.pastu pkena cendok kat gerai pak man tepi jalan.mmg mabeles..kedai wajib singgaah kalo ke KKB...komplot tiba di markas jam 6ptg...
Ok guys...kitaorg nk rehat bulan 6 nie koz da nak puasa...maybe kalo ade aku akan update di entry tbaru...so jumpa lagi...Wasalam

Layan gambar kitaorang semasa kek sano...


Juara Pertandingan

Ni lah si Puad aka Mastermind















Menu makan malam