Translate

Wednesday 20 May 2015

AMALAN/DOA MASUK HUTAN

AMALAN/DOA MASUK HUTAN

Assalamualaikum...
Ok guys...entry kali ni aku nak kongsikan sikit berkenaan amalan2 dan adab ketika memasuki hutan untuk aktiviti2 outdoor tak kiralah hiking...trekking...jogging...camping dan ape saja yang membabitkan diri anda dengan alam hutan nie...

Actually,kita sume sedia maklom bahawa hutan merupakan tempat tinggalan kebanyakan makhluk yang terdahulu sebelom kita...Binatang2 dan makhluk ghaib Allah yang lain juga tinggal disini.Maka kita seharusnya sentiasa menjaga adab dan tatasusila kita semasa kita berada/ingin masuk ke dalam hutan...
Bak kata pepatah..."masuk kandang kambing mengembek..."
Jadi ade baiknya kita sebagai makhluk yang mulia disisi Allah ini juga harus belajar menghormati sisi makhluk Allah yg lain juga...sebagaimana kita menghormati sesama manusia yang lain...

Kebanyakan kita sering dengar banyak perkara2 yang berlaku ketika di dalam hutan..dek kerana kebiadaban kita terhadap alam dan terhadap makhluk2 yang ade dalam hutan...Jadi,kita sebagai tetamu hutan nie hendaklah sentiasa beringat dan sentiasa memohon perlindungan dari Allah SWT...jangan pernah lalai dan leka dalam setiap gerak langkah kita menyusuri kehidupan ini.Setiap ape yang berlaku juga adelah kita yang tentukan pilihan.Maka pilihlah hidup ini berlandaskan akal yang waras dan doa pada yang Esa...InsyaAllah kite akan terpelihara dari sebarang perkara yang tidak diingini...

So secara ringkas...pada mereka yang suka atau ingin berjinak dengan dunia hutan,maka seeloknya sentiasa berbekalkan doa dan amalan yang telah ditinggalkan dari zaman2 nabi2 kita terdahulu dan juga dari AlQuran dan hendaklah kite beriman padanya...Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa.Kita langsung tiada kuasa.

Amalkan Doa ini jika ingin memasuki hutan..Doa ini juga di sarankan oleh Yang Mulia Tuan Guru Hj Haron Din.


Mulakan setiap perjalanan dengan Surah Alfatihah...kerna ia IBU segala Doa...dan selepas itu bacalah ayat penggerak di atas sebanyak 3x sebelom memulakan perjalanan.Jika terasa seperti banyak gangguan ketika sedang membaca,hendaklah berehat seketika dahulu.Dan sambunglah kembali membaca jika sudah yakin tiada lagi gangguan.Namun ape yang utamanya ialah Sentiasa yakin dengan Allah.Jangan pernah putus makrifat...Itulah kunci segala kejayaan kita atas dunia.YAKIN !!!

Setelah itu,pabila ingin memulakan langkah pertama menyusuri hutan...berilah salam kepada penjaga sekalian alam iaitu Nabi kita Nabi Sulaiman
dan baca sebanyak 7x setiap langkah perjalanan.



Dan...bacalah dan hafalkan ayat ini sebagai pendinding kita dari sebarang gangguan makhluk halus...


Waallahualam....Segala apa yang berlaku semua adalah atas IzinNya,namun kita jangan pernah lupa berdoa agar kita sentiasa berada dibawah LindunganNya.InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment