Translate

Saturday 20 June 2015

TIPS PEMILIHAN BEG DAN CARA PENGISIAN BARANG DALAM BEG



Orite....

Harini aku nak berkongsi tentang tips pemilihan beg yang sesuai untuk kaki2 camping/daytraveller atau backpackers.
Ramai dikalangan harini yang sebenarnya tidak tahu ape yang mereka inginkan pada sesebuah beg itu.Ade yang pilih beg sebab lawa dan cantik.Namun itu sebenarnya tidak membantu langsung dalam keperluan yang sebenar.
Ciri-ciri mestilah memenuhi keperluan pengguna.Ini termasuk size compartment,maximum capacity,ketahanan dan purpose side bagi sesebuah beg tersebut.

Terdapat beberapa jenama di pasaran yang menjual beg-beg untuk backpacker or trekkers.Sebagai pilihan antaranya DEUTER,KARRIMOR,NORTHFACE dan banyak lagi.
Namun itu semua tak penting sgt.Yang penting ape keperluan dan ciri-ciri yang perlu ade pada sesebuah beg itu.

Okay.Jom Intai ciri-ciri:

  1. Mestilah tahan lasak.
  2. Mempunyai compartment yang mencukupi dan berkeperluan
  3. Tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil(bergantung pada keadaan)
  4. Kalis air/hujan
  5. Berkualiti
**Setiap beg ade tertera kadar kuantiti litre seperti 30L,40L,50+10L...Maka belilah ikut kadar keperluan yang dirasakan sesuai.Jika ingin beg jenis backpackers,boleh la beli beg sekitar 50L dan keatas...Ia sesuai untuk travel melebihi 2-3 hari.

Jadi,Jom plak tengok tips pengisian beg bagi sesebuah beg mengikut keperluan dan teknik yang betul



ARAS BAWAH    - Pengisian barang yang ringan2 sahaja.
ARAS TENGAH  - Pengisian barang yang sederhana berat.
ARAS ATAS         -Paling berat.

**Pengisian bergantung bagaimana jenis barang yang anda rasakan ianya ringan dan berat.Maka susunlah ikut keadaan pada waktu itu dan jenis barang anda.Tapi gunakan teknik tetapan aras ini untuk penyusunan.




**Bagi mereka yang membawa tent/khemah,hendaklah diletakkan diatas sekali.Ade juga sesetengah orang yang suka menggunakan sidebag untuk mengikat khemah,namun ia terpulang pada individu.Mane yang selesa.Manakala Sleeping bag pula diletakkan di bahagian bawah sekali bag iaitu diikat pada luar beg.

**Untuk perkakasan lain boleh juga digantung pada luar beg,Sesuaikan ikut keperluan.Barang2 seperti parang/pisau hendaklah disangkut pada tempat yang mudah diambil.

Botol air dan tuala juga diletakkan di luar beg atau sidebag.



No comments:

Post a Comment