Translate

Tuesday, 12 April 2016

TIPS JIKA SESAT DI HUTAN

'Sesat dihutan', adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua pencinta rekreasi. Namun perkara ini kadangkala berlaku juga. Yang amat menyedihkan ialah jika ia berakhir dengan kematian atau hilang begitu sahaja. Di sini terdapat beberapa "tips" yang boleh dikongsi bersama agar menjadi pengajaran dan iktibar. Mari kita lihat Faktor-faktor ia berlaku.

Faktor-faktor ia terjadi (sesat)

1.Keadaan mental dan fizikal yang lemah akibat terlalu penat, lapar dan sedih (ditinggal rakan atau dikutuk atau menjadi bahan gurau). Semua ini menyebabkan tekanan perasaan dan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan di trek.

2.Gangguan makluk halus. Akibat dari perkara no 1, diatas. Senanglah makluk halus ini untuk menipu pandangan sebenar kita di trek dan memasongkan dari laluan asal. apabila tersedar anda berada dilaluan yang berbeza.

3.Guide(jurupandu) atau penganjur yang kurang bertanggungjawab. Seorang jurupandu atau penganjur sepatutnya tidak boleh meninggalkan peserta berjalan berseorangan terlalu jauh atau meninggalkan besendirian) kerana tidak semua peserta berpengalaman.

4.Terlalu gembira, kerana nak sampai atau balik cepat.

Dari empat faktor diatas atau salah satu darinya, adalah penyebab kita tersesat dalam hutan, dan jika berlaku perkara yang harus dilakukan ialah:

1.Jika anda yakin telah sesat, langkah pertama ialah berpatah balik, kebiasaanya seseorang itu sedar ia tersalah jalan dalam jangkamasa 30 min hingga 1jam dan mungkin lebih. Cari kembali trek asal yang anda lalui (jika masih bertenaga, jika tidak mampu rehat dulu)

2.Jika anda yakin telah sesat, langkah kedua ialah, berehat saja cari kawasan sesuai untuk rehat menghilangkan penat. Makan dan minum dulu (tetapi berjimat sikit terutama air), tenangkan fikiran, ingat Allah banyak-banyak, minta petunjuk dan pertolongan darinya. Jika anda panic makin sesat jadinya. jika dah ok patah balik untuk memcari trek asal.

3.Trek manusia biasa lapang atas dan bawah, ada kesan tapak kaki atau tanda-tanda yang di tinggalkan. Jika jumpa tunggulah disitu, ini kerana jika perkara sesat ini berlaku, guide (jurupandu akan mencari anda). jika tidak jumpa juga, pagi esoknya baru laporan dibuat dan gerakan mencari dijalankan. Jika anda masih ditrek yang betul, peluang untuk anda diselamatkan amat cerah.

4.Jika boleh bersabar, tunggulah di trek (tepi trek) dalam tempoh 24jam, atau lebih (48 jam) dan jika waktu malam tidurlah jauh dari trek itu,cari kawasan sesuai, ini kerana waktu malam trek itu mungkin memjadi laluan haiwan. Berjimatlah dengan bekalan makanan dan air yang ada. Jika tiada tanda-tanda pasukan penyelamat maka bertindaklah untuk cari jalan keluar. Bawalah barang-barang yang terpenting sahaja iaitu beg kecil(jika ada) atau beg yang ada,pisau,ligther (mancis),tourch light atau headlamp, sleeping bag atau baju sejuk dan botol air. beg yang ringan memudahkan anda berjalan. Semasa mahu berjalan tinggakanlah tanda anak panah dari kayu atau apa saja menujukan arah anda hendak pergi. Disepanjang perjalanan tinggalah tanda-tanda yang anda melaluinya, ini memudah pasukan penyelamat mencari anda.

Mencari makanan dan bekalan air
Didalam hutam banyak tumbuhan,buah-buahan dan haiwan/serangga yang boleh kita makan,ia bergantung pada musim dan cuaca pada masa itu. Tetapi ingat ada diantaranya yang beracun. cara hendak mengenali samada beracun atau tidak ialah:

Jika tumbuhan:
Gunakan tiga langkah berikut iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah .Hidulah pucuk daun yang hendak dimakan, jika berbau busuk atau keras jangan makan. Jika tidak berbau, hancurkan pucuk daun tadi dan sapukan di lengan tangan, tunggu dalam tempoh 10 minit, jika terasa gatal atau panas jangan makan. cara kunyah lebih berkesan,tunggu sekejap. jika terasa panas atau gatal atau loya jangan makan. Anda juga boleh ambil iktibar dari haiwan yang memakan daun, makanlah daun atau buah yang dimakan haiwan tersebut inshaAllah selamat.
Anda juga bleh mendapat sumber makanan dari tumbuhan seperti pokok palma, buah rotan, pokok bertam,(ambil umbutnya), lengkuas liar (umbutnya) dan berbagai lagi yang mempunyai umbut. Cendawan juga juga boleh dimakan. Kebanyakan cendawan pokok boleh dimakan tetapi janganlah menganbil cendawan yang berwarna garang (terang),berkilat,keras dan rapuh kearana kebiasaanya ia beracun.(kebanyakan diatas tanah)-makan cendawan ni, lusuh tidak galakan tetapi sebagai sumber ilmu diterangkan juga.

Jika buah-buahan:
Sama seperti teknik diatas,iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah. Yang jelas ialah, haiwan sepeti kera tidak akan makan buah yang beracun. jika jumpa buah seperti ini jangan makan. Andai anda jumpa buah hutan, dan melihat ada kesan dimakan haiwan, makan sedikit buat tersebut dan tunggu dalam 30 minit, jika ok makanlah sepuasnya.

Jika haiwan dan serangga:
banyak haiwan yang boleh dimakan,sepeti burung,kancil dan pelanduk. dalam keadaan darurat ni semuanya halal. contoh terbaik ialah ular, jika dapat, putuskan kepala buang isiperutnya dan boleh dimakan mentah atau dibakar. Walauapapun haiwan yang ditangkap pastikan najis atau perutnya dibuang. Serangga juga boleh dimakan, contohnya anai-anai atau larva semut. (Tetapi jangan termakan yang berbisa punya ok), ia mengandungi kandugan protin yang tinggi.

Bekalan air:
Sebaik-baiknya carilah punca air. kerana manusia boleh hidup selama tiga minggu tampa makan tetapi 3 hari saja tampa air.Carilah punca air yang bersih seperti sungai, tasik, lopak air (yang bersih) atau mata air. Jika tidak ditemui punca air, sumber alternatif ialah pada tumbuhan. contohnya ialah akar kayu pokok yang menumpang seperti pokok mempelas dan lundang. Potong serong akar tersebut untuk mendapatkan air dan biasanya ia tiada warna, cair dan tidak berbau. Akar pokok rotan juga mempunyai kandungan air yang banyak, maka gali bersihkan dan perah untuk dapatkan air. Pokok buluh juga ada menyimpan air, iaitu diantara ruasnya. caranya ketuk buluh diantara ruas, jika bunyi mampat, pasti ada air. cara lain ialah dari embun yang terdapat pada daun, dari pokok lumut dan peruik kera atau dari pokok yang mempunyai lubang yang menakung air. Jika semua itu tiada maka jalan terakhir ialah air kencing anda (lupakan soal geli, nyawa lebih penting)

Bagaimana nak tidur (bermalam) dengan selamat

-Jika hari dah hampir malam, berhenti berjalan dan buat tempat berteduh 2 jam sebelum malam. Carilah tapak yang sesuai, dan perhatikan sekelilig tapak itu tidak mempunyai kesan-kesan binatang buas contohnya kesan tapak kaki, najis ,peninggalan sisa makanan atau dikawasan sumber makananya .

-Pastikan juga kawasan yang dipilih bukan dilaluan binatan,air,laluan angin dan bukan dibawah dahan atau pokok yang mati. Jika atas batu, pastikan bukan dikawasan batu longgar dan licin, jika dalam gua, pastikan tiada bunatang berbisa. Langkah yang terbaik di dalam hutan ini ialah membina khemah sementara, yang dapat melindungi anda dari hujan,binatang buas dan anda lebih selesa (jika mampu). Jika tidur atas tanah, pastikan anda sapu ketepi semua daun kering, jika anda buat pangkin (katil) tinggikan sekurang kurangnya 1 1/2 kaki. potong pokok yang kecil dan potong dalam 5 kaki,tajamkan hujungnya untuk dijadikan senjata@tongkat. Langkah seterusnya carilah makanan (apa yang dapat) dan yang terakhir ialah nyalakan api. (jika banyak agas atau nyamuk, gunakan sarang anai-anai yang terdapat pada pokok hancurkan dan letak atas api, asap dari sarang ini dapat halau serangga ini)

-Jika tidak mahu tidur diatas tanah, alternatif lain ialah di atas pokok.Caranya samada anda buat satu platform (pangkin-kelebihannya anda lebih selesa dan boleh buat unggun api) diatas pokok atau ikat diri anda dipokok, (pastikan pokok yang tiada serangga berbisa atau yang beracun) jarak yang selamat ialah dalam anggaran 3-6 meter dari tanah. Carilah dahan yang kuat dan selesa anda duduk, pusingkan badan anda menghadap pokok itu posisi seperti memeluk pokok, ikatan hendaklah dibahagian dada dan belakang melalui ketiak. ikatlah bada anda mengikut keselesaan, tetapi ingat sinpulan terakhir mestilah kuat.

Begitulah seterusnya selagi anda masih lagi dalam hutan.Semua teknik yang diajar adalah bergantung kepada kepada semagat juang anda untuk hidup tidak kira lelaki atau perempuan. Jika putus asa dan mengalah peluang anda hanya 50-50, tetapi jika berjuang untuk hidup, peluang itu amat cerah boleh mencapai 100%.Walauapapun yang ditempuh dalam hutan itu, sebagai seorang muslim jangan tinggalkan solat berdoalah agar selamat dan mememui jalan keluar atau diselamatkan.

Semoga apa yang diajar akan menjadi panduan untuk semua.

Sunday, 23 August 2015

GUNUNG ANGSI,NEGERI 9

 GUNUNG ANGSI
NEGERI SEMBILAN
EXTRA MISSION
KOMPLOT HIKERS X FRENZ

New netry lagi...

Rasenya belom sempat entry baru aku tulis ttg Gunung Datok mggu lepas,yang harus dibaca oleh followers Komplot,tetiba datang lagi entry baru harini...Well..ape nak buat.Inilah yg dikatakan ketaksuban melebihi kewarasan dan limitasi.
Kali ni...misi tambahan Komplot Hikers bersatu bersama team hiking project Gunung Datuk minggu lepas...sekali lagi mnyusuri misi yang memenuhkan entry blog aku kali nie.
Cme kali ni,misi nie bukanlah anjuran Komplot sepenuhnya,cme aku antara yang terbabit dalam melengkapkan diri bersama2 dalam menjangkau puncak Gunung Angsi nie

So kali ni,misi bergerak seawal jam 4pagi dri Caltex Bandar Sunway,bersama Aku,Mel,Shah,Rizal,Eyz,Diana n frenz,Daus n frenz..dan beberapa orang lagi yang tggu di beberapa spot sepanjang perjalanan ke destinasi.
Jadi...setelah drop by n wait..akhirnya kami sampai di lokasi kejadian.Selepas berkumpul di kaki gunung di area Bukit Putus tu,kami mulakan perjalan dgn terlebih dahulu sesi warm up dan bacaan doa.Then...Mission start!

Kami mula mendaki sekitar jam 630 pagi,Berbekal lampu kepala dan suluh,kami mnyusuri.
Perjalanan dijamu dengan trekk bukit n akar sepanjang 30 minit.Aku kali ni jadi Last Man n sweeper.Aku paksa gak si Daus aka Pujangga Keberet untuk menjadi PA aku.Pon bgitu juga dgn Eyz dan Rizal yang terpaksa stay behind in case kalo ade yang bermasalah.Jangkaan sentiasa ada beb.
Misi kali ni,ade sorang yang freshy first time naik gunung.Mmg bagi dia trekk sebegitu agak kejam buat beliau dan akhirnya beliau hampir give up.Aku dan Daus yang selalu menemani disamping memberi galakan supaya jangan koyak mental.Bgitu juga dgn Eyz dan Rizal yang sama mmbantu.
Keperitan yg beliau lalui akhirnya mmbawa kepada kepengsanan.Kami terpaksa stop sekitar 10 minit bagi Rescue Mission.Yang lain sume da pacak laju ke atas.Tinggallah kami 5 orang di belakang.

Setelah sumenya kembali pulih...Kami mneruskan perjalanan menyusuri trekk.Sehingga ke penghujung...dan sehingga ke puncak.Tanpa sebarang masalah.Bgitu juga dengan rakan kami yang cedera tadi.Ketabahan hati beserta dorongan rakan2 adalah pemangkin yang sangat mujarab bagi hiker yang beginner.Itulah yang aku sentiasa terapkan dalam diri ini..."Never leave Your Friend Behind"
Macam aku pernah britahu dalam entry aku sebelum ni...MENTAL JANGAN KOYAK.!!!
Itulah kunci utama dalam mengharungi misi hiking..So kepada sume hikers di luar sana...
"Be an Awesome Hikers" and "Hiking With Attitude"

Ulasan Angsi:

**Trekk Angsi ade 2 jalur.Dari Bukit Putus dan Ulu Bendul.Aku difahamkan,trekk Ulu Bendul ambil masa yang lama skit dri trekk Bukit Putus.So pada beginner,try naik dri Bukit Putus dlu.Pastu baru cabar Ulu Bendul.Untuk trekk Bkt Putus,aku kategorikan sebagai EASY.Cume di permulaan,dia bagi trekk 30 minit 68degree.tapi banyak trekk yang mendatar selepas tu.Cme ade beberapa ketika saja akan jumpa trekk mencanak namun masih dalam kategori easy.Bagi mereka yang nak bawak Grouping,elok layan trek Angsi via Bukit Putus.
Cme view xde sangat la.xmacam Gunung Datok.Yang ade cume pondok ringkas untuk bergambar je.Namun its still worth it n valueable...Just try It!!!
Jom layan gambar plak..Chioww!







































**kredit gambar Daus,Mel,Diana,Fathia


Sunday, 16 August 2015

GUNUNG DATUK,REMBAU N9

GUNUNG DATUK
REMBAU NEGERI SEMBILAN
KOMPLOT HIKERS X PROJECT KGB


Salam sejahtera semua...
Entry kali nie merupakan entry kedua selepas komplot beraksi warmup di bukit gasing mggu lepas.Kpenatan masih terasa lagi harini..

Kali nie.aku malas nak beleter panjang2 dalam entry,sbb idea aku untuk memerah jalan cerita untuk menjalur ke minda korang dgn pengalaman yang sentiasa dipatrikan.

Semalam,Komplot kami tak ramai,sbb ramai yang tak dapat join.So kali ni komplot kami terdiri dari Aku,Zaff,Kay,Amir dan Shah saja.Namun apa yang best nya kali nie aku bukak trip Open Hiking pada sesapa yang nak join komplot untuk misi kali ni Gunung Datuk.Aku bajet xde lah ramai yang nak ikut,sekali berkumpul semalam,ade lebih kurang 25 orang members yang turutsama nak bersama kami melangkah kaki ke puncak.

Utk gunung Datuk nie...ape leh aku katakan...kategori: medium.Mungkin aku je yg rase medium atau korang sendiri tafsirkan.
Untuk first trek mula2 tu je yang agak extreme sbb trek akar kayu yg mmg ckup menjana otak dan titis peluh dan saki baki pernafasan.Trek akar sekitar 30minit almost 80 degree yang terpaksa dilalui.Trek landai hya beberapa kerat je yg kami jumpa.Selebihnya byk trek yang agar menaik sekitar 45 degree.Namun,treknya layan je.xde la tough sangat.
Masa diamabil sekitar 2 jam paling lama.kalo laju thu sejam je boleh sampai.Trun plak mcm biase lah.take a half time up.

So enjoy gambar je lah.malas aku nak tulis bebanyak.Korang rase sndri disana.

P/s: bayar masuk entrance RM5 sekepala.Nasihat aku,kalo yang grouping ramai tu eloklah siap2 kan list trus nama2 hikers n bagi kat pintu entrance beserta duit yang dah dikumpul.So korang xdela buang mase nak beratur pnjang2.Biar sorang je yang buat kerja kat entrance tu.


Trip 1st